19/6-Lawatan Yb. Batu Mangsa Kebakaran Kg. Sikma June 21, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Jun 19, sejerus tiba LCCT Sepang dari menghadiri muasyarat dan latihan di Utara semenanjung Malaysia. Ahli Parlimen Batu mengadakan lawatan dan berbincang bersama mangsa kebakaran Kampung Sikma Jalan Sentul yang tinggal di Dewan Komuniti DBKL Bandar Baru Sentul.
Semasa perjumpaan diadakan, pihak Yb. Tian telah menerangkan kepada mangsa yang terlibat mengenai syarat-syarat yang layak sesebuah keluarga mendapat rumah dari DBKL. Yb. memohon kerjasama sepenuhnya dari mereka agar proses mendapat kelulusan dapat disegerakan oleh pihak DBKL. Ahli Parlimen Batu mendapat maklumat terdapat sebilangan jumlah yang besar telah mendaftar mendapatkan rumah pemindahan semasa kejadian kerana rumah yang terlibat hanya 5 buah rumah tapi dihuni lebih kurang 100 orang. Yb. Tian Chua berharap mereka bersabar kerana sebelum ini 3 keluarga yang menimpa bencana menunggu lama proses pemindahan.Yb Tian juga memaklumkan kepada mereka jika menghadapi massalah boleh hubungi beliau atau kakitangan pejabat Parlimen Batu.
Salah seorang AJK/aktivis yang PRIHATIN kemasaalahan mangsa kebakaran di Kampung Sikma Sentul telah menghulurkan bantuan sejerus mendapat maklumat dari Pejabat Ahli Parlimen Batu. Beliau ditemani anak saudara. Sumbangan Beras,makanan dan Pakaian di sumbang pada keluarga yang terlibat kebakaran.
16/6-Yb Batu Melawat UPU & Ziarah AJK Bhg June 21, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Pada 16 Jun Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua sejurus tamat Parlimen telah mengadakan lawatan kebeberapa tempat kawasan Upu Parlimen Batu dan Menziarah Ahli Jawatankuasa Bahagian Batu.
Jam 845 mlm Mengadakan lawatan ke Pasar Malam Intan Baiduri yang terletak bersempadanan antara Kepong,Selayang dan Kawasan Parlimen Batu. Semasa mengadakan lawatan, kebanyakkan pengunjung terkejut kehadiran YB Tian. Mereka berbangga dengan kehadirin ahli Parlimen Batu kerana turun padang pada ketika dan waktu ini.Kebiasaan sebelum ini seseorang bergelar Ahli Parlimen akan turun semasa Pilihanraya.
Program seterusnya, 10 mlm mengadakan perjumpaan bersama Persatuan Penduduk Desa Bakti. Dalam perjumpaan singkat ini, ahli Parlimen sempat berbincang dan mendengar kemasaalahan penduduk. Beberapa perkara dibangkitkan dan akan cuba menyelesaikan.
Pihak penduduk juga mengutarakan sessi perjumpaan serta dailog dapat diadakan bersama Ahli Parlimen dan Penduduk yang tinggal berhampiran taman-taman. Yb. Tian Chua menyambut baik cadangan dan berjanji akan bersama penduduk.
Program seterusnya, 11 mlm Persinggahan kedua sebelum berakhir satu perjumpaan di Kuala Lumpur, Yb. Tian Chua telah menziarah Ahli Jawatankuasa Bahagian Batu En. Nagu yang mengalami kecederaan kaki akibat terjatuh di kawasan rumah beliau PPR Setapak. En Nagu juga seorang aktivis/pejuang ‘Kebenaran dan Keadilan’ sehingga kemenangan P/raya yang lalu. Yb Tian meminta En Nagu berehat jangan bergerak terlalu banyak supaya kecederaan yang dialaminya cepat sembuh.












