10/6 Yb Tian Chua Menziarah Keluarga Petugas P/raya UPU Sri Murni June 15, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Pada 10 Jun 2009, Parti Keadilan Rakyat Bahagian Batu serta cawangan Taman Sri Murni Selayang KL kehilangan seorang Petugas/Pejuang Penegak ‘KEADILAN’ yang telah kembali ke Ramahtullah pada 09 Jun Selasa kerana komplikasi paru-paru,buah pinggan. Beliau yang dimaksudkan Allahyarhamah Pn Rohana Bt. Shafie (48 tahun) . Seperti gambar berbaju Biru. Gambar diambil semasa Rumah Terbuka Hari Raya Bandar Tun Razak pada tahun 2008. Ceria memotong buah Orange untuk hidangan.
Allahyarhamah meninggalkan 3 orang putera yang tua berumur 19tahun dan yang bongsu berumur 12 tahun.
Menurut Ketua JDM/Upu Sri Murni, Allahyarhamah seorang pencinta ‘Kebenaran dan Keadilan’ semenjak tahun 1998 (selepas pemecatan DSAI) sehingga keakhir hayat beliau. Selepas kejayaan serta kemenangan P/raya ke 12, Allahyarhamah bersedih dalam keGembiraan kerana perjuangan yang dituntut memberi hasil pada 8Mac 2008.
Sejerus Yb mendapat tahu atas pemergian pada malam hari. Yb Tian Chua walaupun mempunyai agenda muasyarat dan perjumpaan pada pagi hari,Ahli Parlimen sempat meluangkan masa hampir 1/2 jam bersama Suami Allahyarhamah En. Yahaya Bin Omar bersama-sama sanak saudara dan sahabat handai di Surau An-Nur Taman Sri Murni.
Kepada yang melayari Blog ‘KEADILAN BATU’. Sama-sama kita membaca Al-Fatiha kepada Allahyarhamah Pn Rohana Bt. Shafie (48 tahun) yang kembali ke Rahmatullah dalam usia muda semoga beliau di Tempatkan bersama orang-orang mukmin dan soleha. Amin.
9/6 Sumbangan Kepada Waris MUE Di PPR Batu Muda June 15, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Pada Hari Selasa Jam 4 petang, ahli Parlimen Batu menziarah dan memberi sumbangan keapda ahli Khairat Kematian Anak Selangor Allahyarham Mortar Bin Sidi Netek (87 tahun) yang kembali ke Ramatullah pada Sabtu 6 Jun kerana uzur di PPR Batu Muda Off Jalan Ipoh.
Dalam ucapan sempati dan ucapan takziah kepada keluarga, Yb Tian Chua mengucapkan ribuan terimakasih kesudian Allahyarham mendaftar menjadi ahli MUE sebelum Pejabat Parlimen membuat majlis Penerangan pada 3hb Jun Rabu minggu yang lepas. Atas keprihatin Allahyarham serta keluarga mengambil tahu perkembangan yang ditawarkan oleh Kerajaan Baru dibawah Pakatan Rakyat selepas kemenangan P/raya 12.
Kepada yang melayari Blog ‘KEADILAN BATU’. Mari sama -sama kita membaca surah Al-Fatiha untuk Allahyarham Mortar Bin Sidi Netek semoga Rohnya ditempatkan di Golongan orang Beriman. amin.
7/3 Yb. Tian Serikan Majlis Dan Adakan Ziarah June 15, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.add a comment
Yb Tian mendapat jemputan ‘Walimatulurus’ di Taman Pelangi Jalan Sentul Perkahwinan anak saudara Yb. Saifudin Nasution (MP Machang). Turut hadir bersama Yb. Azmin Ali.
Sejurus menghadiri Majlis Perkahwinan di Taman Pelangi, Ahli Parlimen Batu mendapat panggilan dari Petugas UPU Sentul Pasar yang mana seorang warga emas dan juga emak kepada petugas semasa pilihanray k-12 meninggal dunia akibat sakit tua. Yb. Tian mengucap Taziah kepada seisi keluarga tersebut
Yb Berjiwa Rakyat June 15, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.3 comments
Pada 7 Jun bertempat di sebuah Kampung ‘Warisan’ Melayu berhampiran Kuala Lumpur yang terletak di Kawasan Parlimen Batu (P115). Satu majlis sambutan Jubli Perak 25 tahun Masjid Kampung tersebut telah diadakan dimana jemputan khas Menteri Wilayah Perseketuan YM Raja Nong Chik , Ahli Parlimen Batu Yb Tian Chua,DBKL & Jawi dan beberapa jemputan lain.
Majlis yang dirancangkan sebelum ini yang memberi peluang YB Batu untuk berucap telah ditukar programnya atas tekanan pihak pihak tertentu tetapi Seorang Ahli Politik telah diberilaluan untuk berucap.
Kebanyakkan penduduk Kampung tersebut yang ‘Celik Minda’ telah mempertikaikan mengapa majlis tersebut yang sepatutnya tiada unsur Kepartian/Politik boleh berucap di atas platform tersebut. Wah Hal di war-warkan oleh Kerajaan BN sebelum ini Masjid (tempat beribadat) bukan tempat Parti Politik tetapi ini yang berlaku di Kawasan Parlimen Batu pada hari Ahad 7 Jun yang lepas.
Kebanyakkan penduduk kampung bertanya-tanya apa yang berlaku,Eh apa ni, Apa Kelas Parti Politik ni berucap,Dia Wakil Dari Jabatan Menteri mana,Cakap tak serupa bikin,Ini majlis Masjid Bukan Politik Dll.
Kebanyakkan penduduk kampung lebih mengalu-alukan ucapan dari Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua walaupun dia berbangsa Tionghua Namun Dia lebih kenali penduduk kerana kekerapan Ahli Parlimen turun melawat kampung tersebut jika ada kenduri,kematian,perjumpaan,sumbangan MUE.
Semasa Ketibaan Menteri di Majlis tersebut, Yb. Tian juga menyambut kedatangan Menteri diiringi hingga ke Pentas Utama. Namun Sebagai Peminpin yang dipilih masyarakat Parlimen Batu tiada tempat di pentas Utama sebaliknya Ketua Parti Politik di berikan tempat. Diharap perkara ini Menteri Wilyah mendapat pengajaran baru (buka Minda) supaya tidak mempolitikkan rumah ibadat sebagai tempat meraih sempati orang melayu yang ‘Celik Minda’. Beliau sebagai menteri sepatutnya menjemput Ahli Parlimen (Tanpa Mengira Ideologi Politik) bersama-sama beliau KHUSUSnya menyelesaikan kemasaalah penduduk yang beliau lawati.
















