jump to navigation

3/6 Yb. Tian Chua Bersama Penduduk PPR Batu Muda Majlis Penerangan & Sumbangan MUE June 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

DSC09517 DSC09526 DSC09521 DSC09529 DSC09524 DSC09528

Pada 3 Jun 2009 Jam 9 malam. Persinggahan terakhir siri’ Turun Padang’ Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua adalah di kediaman PPR Batu Muda sebelum menghadiri Muasyarat Parti di Ibu Pejabat Petaling Jaya. Program bersama Yb. di buat kerjasama dari Persatuan Penduduk dan Penduduk dari susulan sebaran mengenai pendaftaran ‘MES’ Merakyatkan Ekonomi Selangor (MUE/TAWAS).

Didalam majlis penerangan dan sumbangan ini turut hadir wakil dari Rangkaian Mesra Sdn Bhd En Kamsani Nasir. Dalam kata kata aluan Ahli Parlimen memberi penerangan tentang kebajikan yang diberikan oleh kerajaan Negeri Selangor dibawah kerajaan Pakatan Rakyat memerintah secara tulus dimana hak rakyat dikembalikan kepada ‘Rakyat Selangor’ khususnya yang lahir di Selangor yang tinggal di kawasan Wilayah Perseketuan.

Menyentuh kata-kata aluan dari Persatuan Penduduk. Yb. Tian menggalakkan Penduduk PPR Menyertai Program-program Kemasyarakatan bagi mengekalkan keharmonian dan semangat kerjasama Kejiranan dalam kawasan perumahan yang terdiri dari berbilang kaum,ugama. Dengan adanya kerjasama ini kawasan perumahan akan terjaga infrastruktur kemudahan awam terbela bagi generasi yang mewarisi perumahan tersebut.(Sinar keluaran 9 jun/S14)

Dalam majlis sumbangan, waris kepada mendiang En Rengasamy A/L Palaniandy (71 thn) telah menerima sumbangan RM1,000.00 dari Ahli Parlimen Batu Yb. Tian Chua. Kaunter pendaftaran MES mendapat sambutan hangat dari penduduk PPR Batu Muda. Dengan bantuan perkerja sukarelawan pejabat Parlimen dapat mengawal keadaan. Bagi pihak semua yang terlibat pihak Yb mengucapkan ribuan terima kasih.

Jika ada mana-mana Persatuan Penduduk atau pun Badan NGO,RT dll berminat mengadakan program sebegini. Pihak Pejabat Parlimen Batu mengalu-alukan kerjasama dari semua pihak. Anda boleh hubungi ditalian seperti tertera sebelah kanan En Ramli Taha.

3/6 Ahli Parlimen Batu Melawat Pasar Tani June 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

DSC09503 DSC09507 DSC09510 DSC09509 DSC09502 DSC09514

Sebelum menuju ke program PPR Batu Muda. Ahli Parlimen Batu telah mengadakan lawatan ke Tapak Pasar Tani Taman Batu Muda pada 03 Jun2009 8 malam. Semasa kunjungan ke Pasar Tani tersebut. Bekas Ketua JDM Kampung Batu Muda Tuan Haji Wahab telah sedia menunggu kehadiran Yb Tian Chua.

Berbagai barangan dijual di sana termasuklah ada sebuah tapak yang menarik perhatian Yb. Tian Chua yang berniaga ala Hotel iaitu BBQ panggang Kambing. Semasa kunjungan Ahli Parlimen sempat bertemu dengan peniaga dan pengelola Pasar Tani tersebut.

DSC09515

Yb. Tian Melawat Pasar Dan Kawasan Bandar Baru Sentul June 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

P6020083

Pada 2 Jun 2009 pagi, Susulan Pusat Khidmatan Bergerak Parlimen Batu membuka kaunter Aduan dan Pendaftaran MUE/TAWAS/SPR pada Ahad 31 May yang lalu di Pasar Bndr Baru Sentul.

Ahli Parlimen Batu Yb Tian Chua turun pandang ke pasar tersebut untuk mendengar melihat secara dekat kemasaalahan dan rungutan yang dibawa oleh pengadu semasa  membuka kaunter.

Segala aduan dan keluhan Yb Tian Chua akan cuba menyelesaikan dan akan dibawa kepada Pihak Berkenaan.Hampir Dua Jam Setengah Yb berada di kawasan Bandar Baru Sentul dan melawat beberapa tempat bersama beberapa sukarelawan Pejabat Ahli Parlimen Batu.

Jika ada perkara yang berbangkit di Kawasan Bandar Baru Sentul. Boleh hubungi En Wan Shamsudin di nombor 012-9657779 atau Pejabat Parlimen Batu.

P6020092 P6020097