Dailog Bersama Penduduk di Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama June 2, 2009
Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu.trackback
30/05/2009 – Penduduk Kg Selayang Lama telah diberi penerangan beberapa perkara mengenai isu DraF KL2020 yang mana Kg Selayang Lama juga tergolong dalam projek pembangunan dan pembinaan beberapa penempatan yang padat. Tian telah berpendirian tegas dimana pembangunan sesebuah kampung mestilah mengambil kiria kepentingan penduduk/peneroka. Dalam memorendum bantahan kepada DBKL sebelum tarikh tutup Draft KL2020, Tian ada mengutarakan cadangan untuk beberapa Kampung Wilayah Persekutuan/Parlimen Batu digazetkan sebagai Kampung Tradisi/Warisan.
Pihak berkuasa harus merancang bagaimana sesebuah kampung tradisi di angunkan dan mengindah kawasan persekitaran kampung tradisi bagi memikat pelancung asing ataupun tempatan. Ini juga menjana ekomomi setempat khususnya Penduduk Parlimen Batu yang berhampiran dengan kawasan Tiga Segi Emas Kuala Lumpur.
Disamping sessi dailog, Pejabat Parlimen Batu juga memberi penerangan yang mana usaha Kerajaan Negeri Selangor (Pakatan Rakyat) Merakyat Ekonomi Selangor untuk anak kelahiran Selangor yang menetap di Kuala Lumpur dibawah Parlimen Batu dalam skim Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
Pembukaan kaunter bergerak bagi memudah segala aduan penduduk setempat mengadu dan mempromosikan Pendaftaran Keahlian Kebajikan Mesra Usia Emas serta lain lain. Sambutan amat menggalakkan .
Setelah selesai berdailog dan majlis penerangan Mesra Usia Emasm Tian telah melawat beberapa tempat kawasan perkampungan Selayang Lama Kuala Lumpur. Beberapa penduduk telah meluahkan beberapa isu/perkara dan meminta perhatian dari YB seperti longkang yang tidak pernah dinaik taraf hampir 30 tahun. Semasa lawatan terdapat kerosakkan longkang ini mengakibatkan pengaliran air tersekat terutama hujan Lebat dan ini boleh mengakibatkan air memasuki rumah. Jalan raya/ Sampah (tiada tong sampah besar yang menyebabkan penduduk berusaha menyediakan tong drum) juga menjadi isu.






Comments»
No comments yet — be the first.