jump to navigation

Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali – Nota Bantahan Pembabitan UMNO May 31, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Isu Tempatan, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Protes, Rakyat.
add a comment

Ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan Batu diminta tidak memberikan kerjasama kepada Penganjur Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Syadina Ali, Kg. Padang Balang selagi Ketua Umno Bahagian Batu, Dato’ Yahya Mat Ghani masih diizinkan mengambil bahagian berucap pada hari perasmian sambutan.

Sepucuk nota bantahan telah diserahkan kepada pengerusi masjid berkenaan, Haji Zainal Abidin Maas selepas solat Maghrib, 28 Mei lalu oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya.

Menurut beliau ketika ditemui, PAS memandang serius ucapan Ketua Umno Bahagian Batu pada acara perasmian Jubli Perak, 7 Jun depan sebelum perasmian dilakukan oleh YB Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal, Menteri Wilayah Persekutuan.

Tegasnya, PAS menyifatkan slot tersebut sengaja diwujudkan dengan niat Umno mahu mengambil keuntungan politik mencari publisiti murahan dan mempolitikkan masjid pada program tersebut. (more…)

Jadual Program & Aktiviti Sepanjang Minggu May 29, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

30 / 5 /2009 -  Pasar Bandar Baru Sentul – Wan Samsudin 012 – 965 7779

  • Pendaftaran Mesra Usia Emas
  • Pendaftaran Suruhanjaya Pilihanraya
  • Pendaftaran Keahlian PKR
  • 9 hingga 11 pagi

Melawat pesakit barah rahim kronik di Flet Sri Kelantan

30 / 5 / 2009 – Badio – 019 – 287 8543

  • Liputan wartawan ke Majlis Penerangan Mesra Usia Emas & Isu-Isu Semasa Bersama Ahli Parlimen Batu
  • 5 Petang hingga 7 petang
  • Serahan Cek kepada waris Ahli Mesra Usia Emas
  • Dewan Masyarakat Kg Selayang Lama

Sesi bertemu ahli kariah surau Taman Desa Bakti May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, Isu Tempatan, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

penerangan-usia-mesra-emas-taman-wilayah-1 penerangan-usia-mesra-emas-taman-wilayah-2 24/5/2009 – Timbalan Ketua Bahagian PKR Batu telah mengadakan sesi perjumpaan dengan kariah surau Taman Desa Bakti. Perjumpaan dengan kariah berkenaan berkisar masalah penduduk, saluran aduan serta serba ringkas sesi Pendaftaran Usia Mesra Emas yang bakal diadakan di sini. Program diakhiri dengan serahan borang MUE dan poster.

Serahan Skim MUE Padang Balang May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

Lagi serahan cek kepada waris Ahli Mesra Usia Emas di Kampung Padang Balang pada 25/5/2009. Sdr Azli Hussin mewakili Ahli Parlimen Batu turun padang menyampaikan cek kepada dua waris berjumlah RM1,000 setiap satu. Kesemua waris mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri Selangor serta inisiatif Pusat Khidmat masyarakat Ahli parlimen Batu dalam usaha menyalurkan sumbangan.

serahan-waris-padang-balang-1 serahan-waris-padang-balang-2

Aktiviti UPU Sentul Pasar May 28, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

naguUnit Peti Undi Sentul Pasar telah mengadakan Pendaftaran Usia Mesra Emas pada 17/5/2009 di Gerai Makan bersebelahan Pasar Sentul. Menurut Sdr Nagu (gambar) – Ketua UPU Sentul Pasar, sambutan menggalakkan dari warga Sentul mengakibatkan pendaftaran akan dibuka lagi sekali pada minggu hadapan. Sebagai ingatan kepada para pendaftar baru, sila sediakan salinan kad pengenalan serta waris sebanyak dua salinan.

pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-1 pendaftaran-usia-mesra-emas-sentul-pasar-2

3/5/2009 – Walimatul Urus May 13, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Cawangan PKR, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

kenduri-1 kenduri-4 kenduri-5 kenduri-3Sebagai memenuhi undangan masyarakat, Ahli Parlimen meluangkan masa menghadiri Majlis Perkahwinan Saifullhairizal bersama pasangannya Norfadilah di Masjid Al-Zakirin, Taman Wilayah, Selayang. Pasangan pengantin ini merupakan anak lelaki dan menantu kepada Ust Haji Mohamad Bin Abdul Majid. Diucapkan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

12/5/2009 – Program Di Taman Wilayah May 12, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat.
add a comment

Image034 Image033Lagi Sesi Penerangan Mesra Usia Emas/OKU dan TAWAS bersama Penduduk Taman Wahyu Fasa 4 berlangsung di Dewan Orang Ramai Taman Wahyu Fasa 4 pada jam 9.30 malam. Pengerusi Persatuan, Haji Mohd Noor yang mengalu-alukan program seumpamanya ini menghubungi Pusat Khidmat Masyarakat agar ianya diadakan segera. Sdr. Kamil telah memberikan penerangan secara ringkas serta sesi soal jawab bersama penduduk.

Penubuhan Badan NGO Tmn Dato Senu May 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, Isu Tempatan, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Rakyat.
4 comments

penubuhan ngo dato senu-1 penubuhan ngo dato senu-2 Kaunter Usia Mesra Emas Tmn Dato SenuPenduduk di Taman Dato Senu telah sepakat untuk menubuhkan Badan Kebajikan & Perpaduan Taman Dato Senu dengan tujuan menjaga hal-ehwal kebajikan seluruh penduduk taman. Mesyuarat penubuhan turut dihadiri Ahli Parlimen Batu berlangsung pada 9hb Mei lalu bertempat di Dewan Orang Ramai Taman Dato Senu. Selain itu itu, tidak ketinggalan Kaunter Pendaftaran Usia Mesra Emas Dan TAWAS turut dibuka.

Sesi Penerangan Usia Emas dan TAWAS May 10, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in AMK Batu, Aktiviti Ahli Parlimen, Aktiviti UPU, Cawangan PKR, PKR Bahagian Batu, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, Rakyat, sukarelawan.
add a comment

album tawas copy DSC_0263 DSC_0247SATU Sesi Penerangan Mesra Usia Emas dan Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) serta penyerahan cek kepada waris Peringkat Parlimen Batu telah berlangsung di Dataran Sentul Utama pada 26.04.09. Ahli Parlimen Batu telah menyerahkan cek wang tunai berjumlah RM1,ooo. Sesi Penerangan dan soal jawab turut diadakan selain kaunter Pendaftaran Ahli Baru dan Sukarelawan Parlimen Batu.

Terima Kasih ! May 3, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Pakatan Rakyat.
add a comment

bannermajlis-makan-malam-perpaduan-kebakikan-parlimen-batu album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-9 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-5 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-3 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-2 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-1 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-8 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-6 album-majlis-makan-malam-perpaduan-kebajikan-batu-2009-4Majlis Makan Malam Perpaduan & Kebudayaan Batu 2009 telah berlangsung dengan jayanya. Terima kasih tidak terhingga kepada semua pembeli tiket dan penyumbang yang memberi sokongan bagi menjayakannya. Kami sedar kekurangan ketara dalam usaha menyajakan majlis ini dan berjanji akan memperbaiki di masa akan datang. Sokongan anda semua amat kami hargai!