jump to navigation

KDN rampas lebih 10,000 akhbar Suara Keadilan! February 11, 2009

Posted by Parti KeADILan Rakyat Bahagian Batu in Aduan Rakyat, Badan Kehakiman, Isu Nasional, Kezaliman, Krisis, Pakatan Rakyat, Parlimen Batu, Parti Keadilan Rakyat, pasaran, PKR Bahagian Batu, Polis DiRaja Malaysia, Protes, Rakyat.
trackback

pkr suara keadilan confiscate by internal ministry 110209 01Akhbar PKR Suara Keadilan edisi krisis menggelegak politik Perak  menjadi sasaran rampasan Kementerian Dalam Negeri (KDN) minggu lepas, kata ketua penerangannya.

Tian Chua berkata, kira-kira 10,000 hingga 20,000 naskhah edisi 4-11 Februari dengan laporan “Perak cabar SPR ke mahkamah” dirampas di seluruh negara.

Beliau menambah, rampasan terbaru itu paling tinggi sejak organ parti itu mula mendapat sokongan meluas pembaca susulan kemenangan besar-besaran PKR dan pembangkang dalam pilihanraya umum, Mac tahun lalu.

Katanya, rampasan itu disifatkan sebagai satu operasi tersusun KDN apabila jualan Suara Keadilan melonjak pengedarannya kepada 150,000 naskhah setiap minggu.

Dalam sidang medianya di pejabat akhbar tersebut, Tian bimbang kementerian akan mendatangkan masalah kepada sidang pengarang apabila ia akan diperbaharui April ini.

Sementara, penolong pengurus pemasarannya Marina Awanti Nordin berkata rampasan minggu lalu berlaku sekurang-kurangnya di sepuluh lokasi, termasuk di Baling, Batu Pahat, Ampang dan Kuching.

harakah confiscated 100209KDN juga mengeluarkan surat amaran kepada pengedar di kawasan-kawasan berkenaan.

Akhbar dwimingguan Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak juga dirampas di negeri itu dan beberapa negeri lain.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi PAS itu.

KDN semalam mengesahkan operasi rampasan dan amaran dipergiatkan terhadap dua media ini di seluruh negara.

About these ads

Comments»

1. hakimi - February 12, 2009

orang yang derhaka ialah orang islam yang tidak takut dgn tuhannye..tandanye asyik cari kelemahan dan kesalahan orang lain dan mengajak orang menyokong supaya bersikap sepertinya.

barisan bekas angkatan tentera malaysia,cawangan sarawak - August 19, 2012

orang islam memang darhaka dantamak siapa yang dalam barisan nasional pasar apa perangai barisan macam orang parsi dan macam babi


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: